Tuesday, July 4, 2023

Kejohanan Ping Pong MSSD Sepang 2023

     Pada 4 Julai 2023, buat julung-julung kalinya, SK Taman Putra Perdana (SKTPP) menganjurkan perlawanan persahabatan sukan ping pong bersama SK Taman Putra Perdana 2 (SKTPP2). SKTPP merupakan tuan rumah bagi perlawanan ini. Perlawanan diadakan di Bilik Bitara Kriket SKTPP pada jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang.

Barisan pemain, jurulatih dan pengurus pasukan dari SKTPP dan SKTPP2

    Seramai 6 orang pemain dari pasukan SKTPP dan 10 orang pemain dari SKTPP2 terlibat dalam perlawanan ini. Pasukan SKTPP dibimbing dan diuruskan oleh En. Ahmad Junaidi bin Abdullah, En. Rusmami bin Rusli dan En. Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah. Manakala  pasukan SKTPP2 pula diiringi oleh 3 orang guru iaitu En. Rosmadi bin Abd. Manaf, En. Mohd Amirul Alkauthar bin Mohd Khalid dan Puan W.Halieza binti W.Mohamad Hanapi.

Kategori perlawanan yang dipertandingkan ialah :

1) Perseorangan Lelaki  Bawah 12

2) Perseorangan Perempuan  Bawah 12


Perlawanan Perseorangan Lelaki & Perempuan B12 SKTPP lawan SKTPP2 

Nurul Iman, Antasha & Shazalinda dari SKTPP

    Tujuan utama perlawanan persahabatan ini diadakan adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada para pemain daripada kedua-dua buah sekolah untuk menimba pengalaman baharu dan bertukar-tukar pandangan sesama rakan-rakan pemain  dalam meningkatkan lagi mutu permainan sukan ping pong.  Para jurulatih dan pengurus pasukan dari kedua-dua buah sekolah juga tidak melepaskan peluang ini untuk saling bertukar buah fikiran dalam usaha membangunkan sukan ping pong di sekolah masing-masing pada masa akan datang.  


Sesi ucapan & perkongsian oleh En. Farhan SKTPP

Sesi ucapan & perkongsian oleh En. Rosmadi SKTPP2

    Selain itu, perlawanan ini juga merupakan salah satu aktiviti persediaan bagi para pemain sebelum menyertai Kejohanan Ping Pong MSSD Sepang yang akan diadakan pada 10 hingga 11 Julai 2023 di Dewan SMK Dato’ Abu Bakar Baginda, Bandar Baru Bangi.

    Perlawanan persahabatan ini diakhiri dengan sesi penyampaian saguhati dan sijil kepada kedua-dua pasukan sekolah. Semoga dengan perlawanan yang dianjurkan menjadi pembakar semangat untuk para pemain melakukan yang terbaik dan memperoleh kejayaan dalam Kejohanan Ping Pong MSSD akan datang.

Sesi penyampaian saguhati & sijil kepada wakil pasukan 

Disediakan oleh :
Syed Farhan Hanafi Bin Syed Abdullah

No comments:

Post a Comment