Tuesday, July 11, 2023

Kejohanan Ping Pong MSSD Sepang 2023

     Kejohanan Ping Pong MSSD Sepang bagi sekolah-sekolah rendah pada tahun ini diadakan pada 10 hingga 11 Julai 2023 di SMK Dato’ Abu Bakar Baginda, Bandar Baru Bangi. SK Taman Putra Perdana telah menghantar 1 pasukan yang terdiri daripada 6 orang pemain : 2 orang pemain bagi kategori Perseorangan Lelaki Bawah 12 dan 4 orang bagi kategori Perseorangan Perempuan Bawah 12. Pasukan sekolah kali ini telah dibimbing oleh 2 orang jurulatih iaitu En. Ahmad Junaidi bin Abdullah dan En. Rusmami bin Rusli serta En. Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah yang bertindak sebagai pengurus pasukan. 


Penyertaan Perseorangan Lelaki B12 : 

1) Muhammad Aqil Hasif bin Azman – 6 Vivo 
2) Naufal Amsyar bin Mohd Nazar – 5 Solaris 

Penyertaan Perseorangan Perempuan B12 :
 
1) Antasha Rizqin bin Ahmad Junaidi – 4 Turquoise 
2) Nurul Iman Khairina binti Mohd Fazli – 6 Oppo 
3) Iman Amani binti Mohd Razif – 6 Vivo 
4) Nurul Shazalinda binti Rosdi – 6 Samsung

Barisan Pemain SKTPP diiringi Cik Nadirah dan  En. Farhan
    
    Pada kejohanan kali ini, kesemua pemain pasukan sekolah telah menunjukkan peningkatan prestasi dalam perlawanan-perlawanan yang dimainkan berbanding kejohanan tahun lalu hasil bimbingan para jurulatih dan kerjasama pihak sekolah bersama SARANG Ping Pong Putra Perdana yang banyak membantu dalam pembangunan sukan ping pong sekolah. 


Sesi perlawanan oleh pemain-pemain SKTPP
    
    Pada kejohanan yang lalu, hampir kesemua pemain sekolah telah tewas pada pusingan pertama, dan hanya seorang pemain berjaya ke pusingan ke-2. Namun pada kejohanan kali ini, walaupun empat pemain sekolah telah tewas pada pusingan ke-2, namun 2 orang lagi pemain sekolah dalam Perseorangan Perempuan Bawah 12 telah berjaya ke pusingan Separuh Akhir dan Akhir. Seterusnya, kedua-dua pemain sekolah ini telah dinobatkan sebagai Naib Johan dan Tempat Ke-3 bagi kejohanan Ping Pong MSSD Sepang kali ini. 

Pencapaian terbaik SKTPP di Kejohanan Ping Pong MSSD Sepang 2023 

1) Iman Amani binti Mohd Razif – 6 Vivo 
Naib Johan Perseorangan Perempuan B12 

2) Antasha Rizqin bin Ahmad Junaidi – 4 Turquoise 
Tempat ke-3 Perseorangan Perempuan B12 

Iman Amani (Naib Johan) dan Antasha Rizqin (Tempat ke-3)

Pemenang bersama  jurulatih dan Pn. Norasmawati selaku wakil tuan rumah kejohanan

Barisan pemenang dan jurulatih Kejohanan Ping Pong MSSD Sepang

Tahniah diucapkan kepada semua pemain, jurulatih, guru dan ibu bapa! Jutaan terima kasih kepada barisan pentadbir dan PIBG SKTPP atas segala sokongan yang telah diberikan. Semoga kejayaan ini menjadi batu loncatan buat pasukan ping pong sekolah untuk terus maju jaya demi kecemerlangan sukan SKTPP pada masa akan datang.

Disediakan oleh :
Syed Farhan Hanafi Bin Syed Abdullah

No comments:

Post a Comment