Friday, July 14, 2023

Sukaneka Tahun 1, 2 dan 3 Kali Ke-19, 2023

Tarikh: 14 Julai 2023 (Jumaat)

Tempat: Dataran Perhimpunan SK Taman Putra Perdana

Penglibatan : Guru-guru dan murid-murid Tahun 1, 2 dan 3

Masa: 3.00 petang hingga 5.50 petang


Sukaneka Tahap 1 pada tahun ini telah diadakan dengan meriah dan jayanya. Alhamdulillah cuaca pada hari ini sangat baik. Penglibatan 10 orang peserta yang mewakili rumah sukan masing-masing iaitu Kasturi, Lekir, Lekiu, Jebat dan Tuah. Pelbagai acara telah diadakan untuk mereka adalah seperti berikut:

Tahun 1 - Tarik Bola dengan Gelung dan Imbang Pundi Kacang

Tahun 2 - Anak Gorilla dan Soccer Star

Tahun 3 - Pergi & Balik dan Passing Drill

Di bawah adalah paparan video sepanjang acara berlangsung sebagai kenangan manis buat semua yang terlibat.


Video 1 - Semua peserta murid begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh bermain. Guru-guru juga memberi sokongan padu kepada rumah sukan masing-masing.


Video 2 - Rangkuman gambar-gambar sepanjang sukaneka pada petang tersebut.

Keputusan rasmi pemenang-pemenang sukaneka adalah seperti berikut:

Tahun 1 

Tarik Bola dengan Gelung 

Johan - Rumah Lekir

Naib Johan - Rumah Lekiu

Ketiga - Rumah Kasturi

Imbang Pundi Kacang

Johan - Rumah Jebat

Naib Johan - Rumah Lekir

Ketiga - Rumah Tuah

Tahun 2  

Anak Gorilla 

Johan - Rumah Jebat

Naib Johan - Rumah Lekir

Ketiga - Rumah Tuah

Soccer Star

Johan - Rumah Lekir

Naib Johan - Rumah Lekiu

Ketiga -  Rumah Kasturi

Tahun 3

Pergi & Balik 

Johan - Rumah Tuah

Naib Johan - Rumah Lekir

Ketiga - Rumah Kasturi

Passing Drill

Johan - Rumah Tuah

Naib Johan - Rumah Lekir

Ketiga - Rumah Jebat

Tahniah dan syabas kepada semua pemenang. Kepada yang kurang bernasib baik jangan risau boleh usaha lagi pada tahun hadapan. Tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada jurulatih (guru-guru) rumah sukan yang bertungkus lumus melatih dan memberi sokongan padu kepada semua peserta. TERBAIKKK!!!

Sebelum berakhirnya majlis pada petang itu, penyampaian cenderamata kepada YDP PIBG SKTPP, Tuan Haji Megat Md Salleh bin Md Asrhad oleh Puan Guru Besar, Puan Hjh Rohaidah binti Mohd Ali diringi oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Fauziah binti Salehoddin serta Penolong Kanan Petang, Encik Naga Kannan a/l Vadivale.


Cikgu Nor Amirulfitri, Tn Haji Megat Md Salleh, Pn Hjh Rohaidah, Pn Fauziah dan En Naga.

Cikgu Nor Azuad, Tn Hj Megat Md Salleh, Pn Hjh Rohaidah, En Naga dan Cikgu Nor Amirulfitri.

Majlis tamat pada pukul 5.40 petang. Murid-murid kembali ke Dewan Putra dan bersedia beratur untuk pulang. Semua murid bersurai dengan perasaan yang gembira dan senang hati. Ada rezeki jumpa lagi pada acara sukaneka tahun hadapan pula.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh :

Malisha Omar

Thursday, July 13, 2023

Kejohanan Badminton Peringkat MSSD Sepang 2023

Tarikh : 12 hingga 13 Julai 2023

Hari : Rabu hingga Khamis

Masa : 8:00 pagi - 4:00 petang

Anjuran : PPD Sepang

Tempat : SJKC Sin Ming, Puchong

Penyertaan :












Pencapaian :

 1. Tempat Ketiga Acara Individu (Lelaki) : 

        - Adam Amsyar bin Rosly

2. Tempat Ketiga Acara Beregu (Lelaki) :

        - Adam Amsyar bin Rosly 

        - Ariq Arjuna b Rosly

Gambar sepanjang kejohanan berlangsung :

Peserta Kejohanan Badminton MSSD Sepang 2023

Penyampaian hadiah acara individu (Lelaki)

Penyampaian hadiah acara beregu (Lelaki)

Sedikit bingkisan sepanjang kejohanan berlangsung :


Tahniah diucapkan kepada dua beradik iaitu Adik Adam Amsyar dan Adik Ariq Arjuna atas kemenangan yang dicapai. Semoga kejayaan milik SKTPP pada masa akan datang. Syabas! 


Disediakan oleh :

Safinatunajakh bt Mat Som

Tuesday, July 11, 2023

Kejohanan Ping Pong MSSD Sepang 2023

     Kejohanan Ping Pong MSSD Sepang bagi sekolah-sekolah rendah pada tahun ini diadakan pada 10 hingga 11 Julai 2023 di SMK Dato’ Abu Bakar Baginda, Bandar Baru Bangi. SK Taman Putra Perdana telah menghantar 1 pasukan yang terdiri daripada 6 orang pemain : 2 orang pemain bagi kategori Perseorangan Lelaki Bawah 12 dan 4 orang bagi kategori Perseorangan Perempuan Bawah 12. Pasukan sekolah kali ini telah dibimbing oleh 2 orang jurulatih iaitu En. Ahmad Junaidi bin Abdullah dan En. Rusmami bin Rusli serta En. Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah yang bertindak sebagai pengurus pasukan. 


Penyertaan Perseorangan Lelaki B12 : 

1) Muhammad Aqil Hasif bin Azman – 6 Vivo 
2) Naufal Amsyar bin Mohd Nazar – 5 Solaris 

Penyertaan Perseorangan Perempuan B12 :
 
1) Antasha Rizqin bin Ahmad Junaidi – 4 Turquoise 
2) Nurul Iman Khairina binti Mohd Fazli – 6 Oppo 
3) Iman Amani binti Mohd Razif – 6 Vivo 
4) Nurul Shazalinda binti Rosdi – 6 Samsung

Barisan Pemain SKTPP diiringi Cik Nadirah dan  En. Farhan
    
    Pada kejohanan kali ini, kesemua pemain pasukan sekolah telah menunjukkan peningkatan prestasi dalam perlawanan-perlawanan yang dimainkan berbanding kejohanan tahun lalu hasil bimbingan para jurulatih dan kerjasama pihak sekolah bersama SARANG Ping Pong Putra Perdana yang banyak membantu dalam pembangunan sukan ping pong sekolah. 


Sesi perlawanan oleh pemain-pemain SKTPP
    
    Pada kejohanan yang lalu, hampir kesemua pemain sekolah telah tewas pada pusingan pertama, dan hanya seorang pemain berjaya ke pusingan ke-2. Namun pada kejohanan kali ini, walaupun empat pemain sekolah telah tewas pada pusingan ke-2, namun 2 orang lagi pemain sekolah dalam Perseorangan Perempuan Bawah 12 telah berjaya ke pusingan Separuh Akhir dan Akhir. Seterusnya, kedua-dua pemain sekolah ini telah dinobatkan sebagai Naib Johan dan Tempat Ke-3 bagi kejohanan Ping Pong MSSD Sepang kali ini. 

Pencapaian terbaik SKTPP di Kejohanan Ping Pong MSSD Sepang 2023 

1) Iman Amani binti Mohd Razif – 6 Vivo 
Naib Johan Perseorangan Perempuan B12 

2) Antasha Rizqin bin Ahmad Junaidi – 4 Turquoise 
Tempat ke-3 Perseorangan Perempuan B12 

Iman Amani (Naib Johan) dan Antasha Rizqin (Tempat ke-3)

Pemenang bersama  jurulatih dan Pn. Norasmawati selaku wakil tuan rumah kejohanan

Barisan pemenang dan jurulatih Kejohanan Ping Pong MSSD Sepang

Tahniah diucapkan kepada semua pemain, jurulatih, guru dan ibu bapa! Jutaan terima kasih kepada barisan pentadbir dan PIBG SKTPP atas segala sokongan yang telah diberikan. Semoga kejayaan ini menjadi batu loncatan buat pasukan ping pong sekolah untuk terus maju jaya demi kecemerlangan sukan SKTPP pada masa akan datang.

Disediakan oleh :
Syed Farhan Hanafi Bin Syed Abdullah

Thursday, July 6, 2023

Penyertaan Murid ke Kejohanan Bola Sepak Peringkat Antarabangsa (Garuda International Cup III)

Tiga orang murid SKTPP yang juga merupakan pemain bola sepak SK Taman Putra Perdana telah terpilih mewakili Akademi Tunas (AT) Putrajaya untuk bermain di Kejohanan Bola Sepak Garuda International Cup III di Bogor, Indonesia pada 6 sehingga 9 Julai 2023.

Murid tersebut adalah :

1. AIDIL HAIKAL BIN AZRI

 (6 Lenovo)

2. MUHAMMAD DAYYAN MIKAIEL BIN HAMID

 (6 Lenovo)

3. AMMAR ARIFF FAHMI BIN MOHAMAD ZAIDI

(6 Lenovo)

Pihak sekolah mengucapkan semoga berjaya kepada ketiga-tiga pemain ini. Semoga Kejohanan Antarabangsa ini akan menjadi permulaan baharu kepada karier bola sepak yang berjaya pada masa hadapan.










Disediakan oleh:
Ahmad Zubair bin Hj Muhamad Taib

Tuesday, July 4, 2023

Kejohanan Ping Pong MSSD Sepang 2023

     Pada 4 Julai 2023, buat julung-julung kalinya, SK Taman Putra Perdana (SKTPP) menganjurkan perlawanan persahabatan sukan ping pong bersama SK Taman Putra Perdana 2 (SKTPP2). SKTPP merupakan tuan rumah bagi perlawanan ini. Perlawanan diadakan di Bilik Bitara Kriket SKTPP pada jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang.

Barisan pemain, jurulatih dan pengurus pasukan dari SKTPP dan SKTPP2

    Seramai 6 orang pemain dari pasukan SKTPP dan 10 orang pemain dari SKTPP2 terlibat dalam perlawanan ini. Pasukan SKTPP dibimbing dan diuruskan oleh En. Ahmad Junaidi bin Abdullah, En. Rusmami bin Rusli dan En. Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah. Manakala  pasukan SKTPP2 pula diiringi oleh 3 orang guru iaitu En. Rosmadi bin Abd. Manaf, En. Mohd Amirul Alkauthar bin Mohd Khalid dan Puan W.Halieza binti W.Mohamad Hanapi.

Kategori perlawanan yang dipertandingkan ialah :

1) Perseorangan Lelaki  Bawah 12

2) Perseorangan Perempuan  Bawah 12


Perlawanan Perseorangan Lelaki & Perempuan B12 SKTPP lawan SKTPP2 

Nurul Iman, Antasha & Shazalinda dari SKTPP

    Tujuan utama perlawanan persahabatan ini diadakan adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada para pemain daripada kedua-dua buah sekolah untuk menimba pengalaman baharu dan bertukar-tukar pandangan sesama rakan-rakan pemain  dalam meningkatkan lagi mutu permainan sukan ping pong.  Para jurulatih dan pengurus pasukan dari kedua-dua buah sekolah juga tidak melepaskan peluang ini untuk saling bertukar buah fikiran dalam usaha membangunkan sukan ping pong di sekolah masing-masing pada masa akan datang.  


Sesi ucapan & perkongsian oleh En. Farhan SKTPP

Sesi ucapan & perkongsian oleh En. Rosmadi SKTPP2

    Selain itu, perlawanan ini juga merupakan salah satu aktiviti persediaan bagi para pemain sebelum menyertai Kejohanan Ping Pong MSSD Sepang yang akan diadakan pada 10 hingga 11 Julai 2023 di Dewan SMK Dato’ Abu Bakar Baginda, Bandar Baru Bangi.

    Perlawanan persahabatan ini diakhiri dengan sesi penyampaian saguhati dan sijil kepada kedua-dua pasukan sekolah. Semoga dengan perlawanan yang dianjurkan menjadi pembakar semangat untuk para pemain melakukan yang terbaik dan memperoleh kejayaan dalam Kejohanan Ping Pong MSSD akan datang.

Sesi penyampaian saguhati & sijil kepada wakil pasukan 

Disediakan oleh :
Syed Farhan Hanafi Bin Syed Abdullah